Wednesday, August 17, 2011

Arah Tuju

Assalammualaikum and hai,


Setiap insan dimuka Bumi Allah S.W.T ini ada tujuan mereka sendiri tanpa kita menyedari akan kepentingan kita dimuka Bumi Allah S.W.T ini, yakni sebagai khalifah. 



Tapi, adakah kita mengetahui setiap insan itu hala tujunya berbeda? Yakni, insan A perjalanannya mungkin mudah kerana segala keperluan dan kelengkapannya cukup beserta dengan nikmat bakat yang Allah kurniakan kepadanya, membuat perjalanan hidupnya tampak mudah. Tapi ada juga insan B, yang tidak bernasib baik seperti insan A, keperluan tidak cukup, bakatnya tidak menyerlah berbanding insan A, hidupnya kelihatan sukar sekali tanpa ada garis penghujung yang tetap untuk insan B tidak seperti insan A.

Namun, apakah kita sedar, bahawasanya, setiap insan itu, Allah S.W.T telah tetapkan tahap dugaan mereka. Tahap keupayaan mereka melalui sesuatu cubaan dariNYA. Sesungguhnya, Allah S.W.T itu, tidak akan memberi cubaan yang melampaui tahap kemampuan seseorang itu. Tidak, Dia tidak akan membuat sebegitu pada hambaNYA. Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang serta Maha Pengasih. Dan ingatlah juga, Allah S.W.T tidak suka pada insan yang mudah berputus asa. Tanpa sebarang usaha, dia secara tiba-tiba menyerah kalah tanpa memikirkan jalan penyelesainnya terlebih dahulu.

Ingatlah, dunia ini adalah tumpangan sementara sahaja. Hari Akhirat adalah sebenar-benar tempat untuk sekalian makhluk. Setiap kaum muslimin sentiasa diingati akan perihal hal ini setiap solat Jumaat, samada kita tahu atau tidak, samada kita sedar ataupun tidak. Aku, yang senantiasa mendengar seminggu sekali ini, segala isi badan, seakan menggigil dan takut akan azab yang bakal menimpa diriku ini.


Memang benar, ku mengakui, diriku ini, bukanlah seorang yang baik, mulia, dipandang tinggi akan hal keagamaannya tapi aku cuba sedaya upaya apa yang termampu oleh diri ini, untuk mempertahan akidah dan iman dalam diri ini. Segala dosaku, kecil atau besar, sentiasa dipohon pada Allah S.W.T untuk mengampunkan segala dosaku dimuka Bumi Allah ini.




Tempoh tumbesaran.
Semasa aku kecil, berusia 3 hingga 6 tahun, akal ini pernah terdetik, bilakah aku akan membesar seperti orang lain, yakni orang dewasa lain. Masuk melangkah usiaku 7 tahun, terdetik lagi dihati, bilakah akan habis pembelajaran ini? Melangkah kealam menengah rendah, soalan ini berada didalam benakku, bilakah aku akan melangkah ke alam universiti pula? Alam menengah tinggi, ku pelajari sesuatu, persahabatan yang tidak boleh dijual beli, tidak boleh ditukar ganti. Alam pra-universiti ini, mengajar aku pelbagai macam perkara, dari segi lahiriah, batin, dan spritualnya, segalanya teruji disini bagi aku bersedia di alam universiti nanti.



Melangkah ke alam universiti, ku sedar, dan terus tersedar saat pertama kali kujejak kaki ku sebagai seorang pelajar universiti, baru ku sedar, aku bersendirian dimuka Bumi Allah ini. Hanya aku dan Allah S.W.T sahaja sebagai teman mengadu. Saat itu, ku telah berjanji akan berusaha sedaya upaya, untuk berjaya. 
Jikalau tidak, akanku semat didalam hati, "Kegagalan itu merupakan guru terbaik".
"Dare to fail", berani untuk gagal, adalah suatu slogan yang ku pegang sejak dari sekolah menengah lagi. Tanpa kegagalan, tiadanya kita pada hari ini di Bumi Malaysia, kegagalan untuk membangunkan bangsa kita selari dengan bangsa lain suatu ketika dahulu, akhirnya memakan diri namun kita belajar sesuatu yang penting iaitu tanpa kegagalan itu kita tidak dapat memperbaiki diri ini menjadi insan yang lebih baik. Namun, ini semua berbalik semula kepada arah tuju hidup kita dimuka Bumi Allah S.W.T ini. Tanpa arah tuju, kita tidak akan mengetahui akan sebab, tujuan kita berada disini.




INGATLAH! JANGAN BIARKAN DIRI INI HIDUP TANPA ADA ARAH TUJUAN!~

No comments:

Post a Comment