Assalammualaikum and hai,
7 Ramadhan. Ya, kali ini, entri dalam bahasa ibundaku, bahasa kebangsaan Malaysia, Bahasa Melayu.
Ramai yang akan tertanya-tanya, apa kehal nye entri pasal rendah diri pulak ni? Apa dh jadi? apa yg berlaku? Sebenarnya, inilah rasa diri ini selama ini. Rasa rendah diri yang amat amat dan teramatlah tinggi dalam diri ini.
Kenapa ia berlaku?
Kalaulah dapat juga tahu kenapa ia terjadi. Tapi hasil analisis dibuat semasa di tingkatan menengah rendah (form 2-3), dapat dilihat akan kekerdilan diri ku ini berbanding teman-teman. Dari segi pelajaran terutamanya, kerana diri ini dibayangi oleh insan-insan hebat disekeliling. Ini membuatkan diriku rasa tidak berkemampuan mengatasi mereka semua walhal, setiap insan itu dicipta oleh Yang Esa adalah sama. Hanya yang membedakan ialah hasil usaha dan tahap konsistensi diri. Aku mengakui, aku bukanlah orang yang maha rajin, aku mengakui diriku bukanlah sehebat dan sepandai insan lain tapi ku punya hati, perasaan, harga diri, rasa malu, rasa rendah diri yang teramat tinggi. Kesemua ini mungkin terjadi kat kita semua. Ini adalah lumrah dalam kehidupan, perasaan inferiority complex ini sering hadir dalam diri manusia, cuma cara dan bagaimana seseorang itu mengatasinya yang membezakan segalanya.
Mengapa masih berlaku?
Aku mengakui, aku masih ada perasaan sebegini. Ianya mungkin hasil dari tahap kematangan diri yang memberitahu, tidak mengapa, ini semua ketentuan dariNYA. Walhal, sebenarnya TIDAK!. Diriku yang ingin aku berkata demikian, aku masih boleh, masih mampu mengubahnya walau bagaimana perit pun pengorbanan yang perlu aku lakukan.
Tak malukah mendedahkan hal ni?
Soalan aku kepada diriku dan mungkin orang lain jua, apakah kita masih punya kesempatan utk bermalu-malu sedangkan masa tetap tidak akan menunggu kita. Bila lagi? Apa yang ku rasa ini cukup-cukup mendalam didalam diri. Mungkin ada yang akan berkata-kata, ada juga mengata tapi biarlah, mulut tempayan boleh ku tutup dgn kemas tapi mulut manusia, ku tak mampu nak tutup. Hanya yang aku mampu ucapkan dalam hati, La Tahzan, Allah sentisa bersamaku.
Kenapa baru sekarang?
Mungkin selama ini aku tiada keyakinan diri. Tiada rasa kesedaran yang tinggi. Cuma yang ada kini, rasa ingin berjaya seperti insan lain yang agak tinggi ketika ini. Tiada rasa yang lebih baik untuk dibawa ke semester baharu ini. Perjuangan aku masih belum selesai...
Apa tindakan selanjutnya?
Berubah menjadi insan yang lebih baik. Lebih bijak menangani masalah melanda. Jangan anggap hal ini sebagai penghalang kepada kejayaanku dan aku sudah berjaya membuktikan yang aku boleh dengan kejayaan aku melangkah ke Universiti. Meski tidak sehebat, tidak segah insan lain tapi ku tetap berdiri teguh. Dengan prinsip diri utk menjadi insan yg lebih baik, yakni "hari ini akan lebih baik dari semalam dan hari esok akan lebih gemilang buatku" akan ku pegang hingga ke akhir hayat.....
Ingatlah Hati, La Tahzan, Allah sentiasa bersamamu.